Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Posts Tagged ‘Masak’

Nilai Sebuah Dapur.


Cerita tentang Dapur.

Hidup merantau menuntut ilmu di bumi orang, sangat banyak kelebihan berbanding terus berada di Malaysia. Aku rasa, pasti ramai yang setuju, tidak kurang juga, pasti ada yang berbeza.

Kisah ini, tidaklah menarik mungkin bagi orang lain. Tetapi bagi aku, ia merupakan suatu yang sangat bernilai.

Sebelum ke Sudan.

Mak dan ayah..

Pada hari raya Aidiladha tahun 2008, emak jatuh tangga, patah satu tulang jari kaki mak.mak mungkin akan hilang upaya untuk bergerak cergas dalam beberapa tempoh. Waktu itu, hanya tinggal 3 minggu sebelum aku bermusafir ke Sudan. Hampir saja aku membatalkan hasrat kerana tiada siapa yang ada di rumah untuk menjaga keperluan mak. Abang-abang semuanya ada komitmen mereka sendiri yang memang tidak dapat dielakkan.

Bermulalah kisah.

Kisahnya begini, ketika mak dan ayah pergi menunaikan haji pada tahun 2004, aku ditinggalkan seorang diri di rumah. Abang-abang semuanya di universiti, dan seorang lagi bekerja di Johor. Ketika itu aku berusia 17 tahun.( pertama kali hidup berjauhan dengan mak ayah) Sepanjang 40 hari mak dan ayah tiada, sekali pun aku tidak berjaya memasak nasi yang sempurna sifatnya. Huh! Sekejap jadi bubur, sekejap lembik terlebih air, adakalanya keras kurang air. Tapi telan juga..

Setelah mak dan ayah pulang ke Malaysia, tamatlah episod aku masuk dapur menjengok mak masak. Masuk dapur hanya untuk menghantar lauk yang dibeli di pasar, kemudian, setelah mak siap memasak, masuk semula untuk makan pula.

Sehinggalah kejadian mak patah kaki, aku masuk semula ke dapur, memasak untuk mak! Huhu..dahulunya, kalau nasi jadi bubur, takpe lah..sebab sendiri makan, tapi ni nak beri kepada mak! Tapi entah kenapa, Alhamdulillah, sekali percubaan, terus jadi! Nasi tu masak elok je..tapi…tak habis lagi, nasi dah siap, lauk? Sayur?

Bermula la kisah seterusnya.. Sup sayur niat dihati, tapi mana pergi rasa sup entah..menyorok entah kemana..tapi aku tengok mak telan jugak..berderai air mata aku tengok.. sebab aku tau tak sedap..

Berikutnya, cubaan memasak telur dadar..macam-macam aku letak, udang, tomato, potongan ayam, dan kentang!(sekarang baru tau, macam mana kentang nak empok dalam telor?) kisahnya, aku terlupa nak tambah garam semasa memukul telur, tau di mana aku tambah garam? Ketika telur dah dok kat atas kuali, alhasilnya, garam tak rata, dah jadi macam ‘telor masin dadar’ masin yang amat!

Ketika itu, terasa sakit yang amat di ulu hati, aku sedih, ni je ke yang mampu aku buat untuk mak..boleh bertambah sakit mak kalau makan masakan aku..zero kemahiran aku buat kerja rumah!

Ketika itu, aku nekad untuk belajar memasak, tidak lah sampai seperti Chef Wan, sekurang-kurangnya, orang lalu nak makan masakan kita. Setelah beberapa hari memasak, akhirnya aku mengalah, masak nasi di rumah, lauk beli di kedai.

Sudan.

Di hari aku dijadualkan terbang ke Sudan, mak menghantar aku di KLIA masih dengan bertongkat. aku bersyukur memiliki

Ikhwah dan Dr Habib bergambar dengan masakan saya

seorang jiran yang hebat, Cik Sal, aku meminta beliau tolong tengok-tengokkan mak sampai mak tidak perlu bertongkat.

Kisah dapur di Sudan.

Aku sangat berterima kasih kepada sahabat pelajar Malaysia di Sudan, yang mengajar dan membimbing aku sehingga berani dan mampu memasak. Adakalanya terkenangkan kisah aku memasak untuk mak, hatiku luruh..setelah mampu memasak, walaupun tak sedap mana, aku mengerti tentang betapa bernilainya sebuah dapur bagi sebuah keluarga.. disitulah antara punca kebahagiaan.. kata sahabatku Umar, masak mesti ikhlas, rasa masakan yang dimasak dengan ikhlas, sangat lain rasanya..walaupun hanya telor mata kerbau..

Nilai sebuah dapur.

Adakalanya aku merasa hairan dengan ketekunan mak, kerajinan, tak pernah rasa bosan dan malas untuk memasak untuk suami dan anak-anaknya pada setiap hari..dimana datangnya semangat itu? Akhirnya baru aku sedar, nilai yang ada pada sebuah dapur, disitulah mak menyebarkan kasih sayang ke setiap pelusuk dan bucu rumah..

Kerana itu juga, aku bangga dengan isteriku, beliau berusaha untuk meneladani mak, aku juga bangga dengan beliau, beliau merasa bahagia memasak untuk suaminya, sebagaimana emak bahagia memasak untuk ayah dan anak-anaknya..

Kerana itu, aku sangat menyukai dan mengagumi wanita yang menyukai dapur..

Riyadh dan Sudan.

Ketika aku berada di Sudan, aku dilatih dan diajar memasak, setelah pulang dan mendapat tawaran belajar di Riyadh, dan sepanjang aku berada di Riyadh, Alhamdulillah aku pula berjaya melatih beberapa sahabat memasak dan kini mereka telah berani dan boleh memasak.

Jangan diperlekeh apa yang ada di dapur….kerana nilainya sangat mahal..

Jangan diperlekeh kerja sebagai suri rumah sepenuh masa, kerana tangan mereka yang menjadi asas insan yang hebat menggoncang dunia..

wallahua’lam…

Read Full Post »