Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Perubatan’ Category

Hasad dan ‘Ain.


Pada ruang kali ini, aku ingin berkongsi serba sedikit tentang tanda-tanda yang mungkin terzahir jika seseorang itu terkena ain dan hasad..

Sebelum itu..

Apa itu ‘ain?

‘ain adalah sejenis pandangan seseorang,  terhadap apa yang dikaguminya, samada kecantikan, kebahagiaan, kekayaan, kesenangan hidup, kereta cantik, rumah besar dan sebagainya.

Pandangan individu tersebut terhadap apa yang dikaguminya itu tidak disandarkan kepada Allah, seperti ucapan “masyaallah tabarakallah”

Hasad pula bagaimana?

Kata Ibn Qayyim ; asal dengki ialah dendam dengan nikmat yang diperolehi oleh orang yang didengki dan mengharapkan nikmat itu hilang darinya [ lihat Badai’ al-fawaid]

Sebahagian ulama membahagikan hasad kepada 4 bahagian ;

1- berharap agar orang yang didengki hilang nikmat walaupun si pendengki tidak memperolehnya.

2-berharap agar orang yang didengki itu hilang nikmat dan dia memperoleh nikmat tersebut.

3-berharap mendapat nikmat seperti orang yang didengki supaya tiada lagi perbezaan antara mereka.

4-hasad yang disebut sebagai “ghibtah”, iaitu berharap mendapat nikmat sama seperti yang orang yang didengki tanpa mengharap orang itu kehilangan nikmat tersebut.(hanya yang ini sahaja dibenarkan)

Apakah ‘ain dan hasad boleh memberi mudharat?

Jawapannya ya! Adapun ‘ain, mereka yang mempunyai kekuatan ‘ain boleh memberi mudarat kepada apa yang dikaguminya, dan ia bukan pilihan orang itu, individu itu mungkin sahaja tidak mengetahui yang dia ada kekuatan ain.

Sebagai contoh, “wah cantiknya kereta tu”, “wah cantiknya budak tu”, wah comelnya baby ni”,”eeee,,,putih macam susu tepung”…disebutnya tanpa disertai dengan kalimah “Tabarakallah”, maka ia mungkin boleh memberi mudharat kepada kereta tersebut seperti kemalangan, mimpi buruk, sakit yang tidak dapat diubati oleh perubatan moden dan sebagainya..

Sabda nabi saw :

العين حق ولو كان شيء سابق القدر سبقته العين

Maksudnya :  ‘Ain itu benar, jika ada sesuatu yang boleh mendahului ketentuan Allah, maka ain akan mendahuluinya [Muslim ; 2188 ]

Oleh kerana itu, ‘ain bukan sahaja boleh memberi mudarat-dengan izin Allah-malah sejenis virus yang boleh membawa maut kepada mereka yang terkena ain.

Demikian hasad, malah ia jauh lebih merbahaya,,sudahlah jika individu itu memiliki kekuatan ain, ditambah dengan perasaan hasad..

Setelah mengetahui serba sedikit tentang ain dan hasad….

Apa tanda mereka yang terkena ain dan hasad?

Antaranya ialah :

1-kuat berpeluh

2-rasa suhu panas sedangkan cuaca normal atau sejuk

3-pelupa dan kerap termenung, contohnya seperti sedang memandu kereta, dia tidak sedar pun yang dia telah terlepas simpang dan sebagainya

4-suka bermalas-malas, tiada tenaga untuk membuat sesuatu kerja, nak rilek je kerjenya,,

5-gas atau asid yang banyak didalam perut menyebabkannya cepat penat dan nak makan je kejenya,,

6-pening kepala yang kerap

7-sakit-sakit dibawah buah dada atau dibelakang badan

8-jika dibaca padanya ayat-ayat ruqyah, dia mula mengalirkan air mata tanpa menangis( maksudnya dia bukan sedih) dan kelihatan peluh mula keluar.

p/s= semua tanda-tanda tersebut saya petik dari sini..

kesimpulannya,,

kekuatan ain juga bukan sahaja boleh menyalurkan ‘racunnya’ melalui pandangan, jika orang itu berkhayal atau membayangkan seseorang itu juga boleh menyebabkan individu itu ditimpa mudharat,,

di tulisan yang akan datang, InsyaAllah aku akan senaraikan pula antara kaedah-kaedah perubatan bagi mereka yang terkena ‘ain, juga apakah perlindungan yang perlu kita amalkan supaya sentiasa berada didalam jagaan Allah swt,,,

Read Full Post »