Sekian lama tidak mencoret sesuatu disini, aku seakan terasa kekok ingin mengungkap bicara memulakan kalam merungkai apa yang terbuku didada.
Barangkali kerana tiada apa yang sesuai untuk dikongsi, boleh jadi kerana ia bersifat peribadi, yang tidak betah diceritakan kepada ramai, namun ibrah dan pengajaran yang memberi bekas di hati, usah dijamah berseorangan, kerana hidup ini, memerlukan kepintaran untuk memperoleh habuan lumayan di hari selepas kematian,, justeru kebaikan yang diperoleh, kenikmatan yang dirasai, haruslah dibahagi-bahagikan, agar keindahan akhirat itu, bermain di bayangan keramaian..
fuh,, bermain bahasa, memang mudah, kerana adakala menulis itu, bukan untuk difahami ramai, tetapi sekadar melempiaskan apa yang menari-nari di jiwa dan perasaan… semoga ia tidak terjadi sedemikian,, apa pula seterusnya ingin di bicara ?
sekadar mengimbau cerita lalu yang mungkin belum layak digelar sebagai kenangan,,
mungkin, kehidupanku di bumi Riyadh ini sudah berada di hujung-hujung( tak lah berapa hujung) tetapi yang pasti kehidupan aku di bumi ini, kemungkinan besar, memang benar-benar dihujungnya,, kerana kematian itu tiada diketahui bila tibanya, walau seorang nabi..
entah kenapa, sejak akhir-akhir ini, aku mula merasa tidak kena dengan sebahagian hal yang berlaku pada diriku dan di sekelilingku, yang seakan memberi petunjuk bahawa aku perlu mengubah tabiat kebiasaan yang aku lalui sejak hampir lima tahun berada di bumi tandus Riyadh ini..
aku cuba mulakan langkah itu dengan me ‘nyah aktif’kan akaun facebook, kebaikan yang di isi oleh kebanyakan orang di ruangan facebook itu, sama sekali tidak dinafi, namun setiap individu itu berbeza sudut pandangnya pada sesuatu, di kebaikan yang banyak itu, keburukan pula yang banyak terpalit dakinya,, maka menolak keburukan, perlu lebih didahulukan dari mendapat manfaat yang banyak itu,, namun, sudah tentu ia tidak sama antara individu dengan individu yang lain,,
insan itu dinamakan sebagai insan kerana tabiatnya yang mudah lupa, demikian hati, dinamakan hati kerana tabiatnya yang mudah “taqallub” (berbolak balik).. kerana itu diulang-ulang doa agar ditetapkan diatas jalan hidayah, cumanya, doa yang diulang-ulang di setiap rakaat itu, dibimbangi telah kering dan menjadi adat kebiasaan dan rutin tanpa nilai yang memberi bekas di sanubari,,,
semoga permulaan untuk melaksanakan perubahan ini, membuahkan hasil,,,amen ya rab,,