Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for the ‘Dakwah’ Category


Sedang Sendiri

Adakalanya ketaatan yang dilakukan,

 diiringi dengan rasa besar diri dan kagum terhadap diri sendiri,

 maka Allah tidak menerima ketaatan itu kerana ia sunyi dari keikhlasan..

Adakalanya kita terjerumus kedalam lembah kemaksiatan,

 tetapi sebenarnya Allah ingin memberi kebaikan untuk kita, dengan mencampakkan rasa kesedihan dan penyesalan diatas kemaksiatan itu..

 maka dibuka lorong untuk kembali kepadaNYA…

Orang yang melakukan maksiat,

 kemudian bertaubat dengan sebenar-benar taubat lebih baik,

 dari mereka yang melakukan ketaatan,

 tetapi ketaatan itu menjadikan dirinya sombong dan memperkecilkan orang lain yang tidak mendatangi ketaatan itu…

Maka…sembunyikanlah kebaikan yang engkau lakukan

 sebagaimana engkau malu menceritakan keburukan dan keaibanmu,,,

Kerana itu juga, sembunyikanlah keburukan orang lain,

 sebagaimana engkau malu keburukanmu didedahkan..

Manusia itu selamanya tidak sunyi dari kekurangan dan keaiban…

Kebumikan kemasyhuranmu,

 dengan merapatkan anggota tubuh yang termulia dengan tanah..

menyembah Yang Maha Agung penuh pengharapan..

Jangan jadikan dirimu suka dikenali,,

 tetapi jadikan dirimu benar-benar ingin mengenali Penciptamu,,,

 sesungguhnya, dunia ini hakikatnya gelap,

kebenaranlah yang meneranginya,

mintalah Sang Pencipta agar ditunjuki jalan kebenaran,

dan tidak dikaburi pandangan dengan awan kebatilan….

Read Full Post »


Disunatkan kita memperbanyakkan selawat kepada baginda saw pada hari Jumaat, sebagai antara tanda kecintaan kitaimages kepadanya. Sebagaimana sabdanya :

إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة فيه خلق الله آدم وفيه قبض وفيه النفخة وفيه الصعقة فأكثروا من الصلاة علي فيه….

Maksudnya : sesungguhnya sebaik-baik hari bagi kamu ialah hari jumaat, pada hari tersebut Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya dimatikan, juga pada hari jumaat akan berlakunya kiamat, maka perbanyakkanlah selawat keatasku pada hari jumaat…. [lihat Targhib wa tarhib, al-Munziri 1/336].

Selawat dan rabiul awwal.

Begitu meriah sambutan bulan kelahiran baginda saw di Malaysia, dimana sahaja kedengaran alunan nasyid-nasyid selawat di corong-corong pembesar suara, ditambah pula dengan pelbagai perarakan disana sini. Entah apa kaitannya antara berarak dengan menyatakan kecintaan kepada baginda saw, saya kurang pasti.

Semoga mereka yang bersungguh bersemangat menyatakan kecintaan kepada baginda saw di rabiulawwal dengan pelbagai majlis salawat dan berarak, tetap terus bersemangat untuk lebih mendalami ilmu-ilmu sunnah baginda saw pada bulan-bulan yang mendatang.

Bidaahkah amalan dan sambutan maulid sebagaimana di Malaysia?

Polemik ini terus dibahaskan oleh para Ilmuan, dan aku bukanlah orangnya untuk turut serta membincangkannya diruangan ini.

Namun, aku pasti semua yang berbeza pendapat tentang itu, bersepakat yang amalan sedemikian tidak pernah disambut oleh baginda saw, mahupun sekalian sahabat yang diredhai Allah.

Pada titik persamaan itulah, menutut hemat aku, kita bersepakat yang lebih baik adalah mencintai baginda saw menurut apa yang diajar oleh nabi saw, mengikut jalan dan cara para salafussoleh. Iaitu dengan mempelajari dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda saw dalam kehidupan seharian kita, bermula dari bangun tidur sehinggalah  kita tidur semula, mengikut kemampuan kita.

Dengan itu, tahulah kita yang mana satu lebih perlu diutamakan,,,

sesungguhnya belum tentu mereka yang putus-putus urat leher menjerit berselawat dan berqasidah memuji baginda saw ditambah dengan bersakit-sakit lutut berarak itu lebih cinta dan mengenal rasulullah saw berbanding mereka yang benar-benar berusaha mempelajari dan mengamalkan sunnah baginda saw dalam kehidupan sehariannya, sekalipun dia tidak menyertai apa yang dilakukan oleh orang kebanyakan pada rabiulawwal ini.

 

Berkirim salam kepada baginda saw.

Hal ini menjadi satu kebiasaan yang berlegar didalam masyarakat. Adakah amalan ini mempunyai sandaran untuk diamalkan? Aku juga sering diminta untuk mengirim salam kepada baginda saw jika pergi ke masjid nabawi di Madinah Munawwarah.

Islam adalah agama yang sangat mudah diamalkan, jangan disusah-susahkan,,

 apa kata baginda saw berkenaan dengan selawat dan salam keatasnya?

Sabda baginda saw :

لا تجعلوا بيوتكم قبرا ولا تجعلوا قبري عيدا وصلوا عليّ فإن صلاتكم تبلغني حيث كنتم.

Maksudnya : janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, janganlah kamu jadikan kuburku suatu perayaan, berselawatlah kepadaku, sesungguhnya selawat kamu sampai kepadaku dimana juga kamu berada. [lihat Abu Daud ; 2042 ]

Hadis ini memberi petunjuk yang jelas kepada kita, yang kita tidak perlu meminta orang mengirim salam kepada baginda saw di kubur baginda saw.

 Tetapi kita sendiri yang mengucap selawat dan salam kepada nabi saw, dimana juga kita berada, diceruk hutan, di perhentian bas, mahupun ketika menunggu giliran kat pejabat pos. selawat dan salam kita akan sampai kepada baginda saw!!

Ditambah pula, kenapa kita meminta orang lain yang menyampaikan salam kita kepada baginda saw? sedangkan yang menyampaikan salam kita kepada baginda saw adalah orang yang jauh lebih baik dari orang tersebut.

Sabda nabi saw :

إن لله في الأرض ملائكة سياحين يبلغوني من أمتي السلام

Maksudnya : sesungguhnya bagi Allah itu para malaikat di bumi, mereka menyampaikan kepadaku salam umatku.[ lihat al-bidayah wa al-nihayah ; Ibn Kathir ;5/241]

Justeru, untuk apa kita meminta orang lain mengirim salam kita kepada bainda saw, sedang salam kita telah disampaikan oleh Malaikat yang tidak berdosa.

Kesimpulan.

Semoga Allah menanam rasa dan cinta dan kasih didalam hati kita kepada nabi saw dengan berusaha sedaya upaya untuk mempelajari dan mengamalkan sunnahnya.

Berselawatlah kepada baginda saw dengan cara yang diajar oleh baginda, aku yakin yang demikian adalah suatu kesepakatan diantara kita bahawa itu adalah yang terbaik.

Read Full Post »

Aku, Dia Dan Engkau


Firman Allah s.w.t ;Wahai orang yang beriman, keatas kalian ( jagalah ) diri kalian, tidaklah orang yang sesat itu memberi mudharat keatas kalian, jika kalian telah diberi hidayah ( al-Maidah :105) .
Adakah ayat ini menjadi hujah kepada aku untuk berteleku dan berdiam diri daripada menyampaikan dan menyebarkan ayat Allah? Dengan alasan, ahh..cukuplah aku jage solat aku, jemaah di masjid setiap waktu, puasa, gi haji, tak payah nak disibukkan mereka yang tunggang-langgang tu, merempit, tunggang arak, dedah sana-sini, tak sembahyang, ponteng puasa.., kubur kan masing-masing, mereka tidak memberi mudharat kepada aku.
Perhatikan ayat diatas dengan teliti, seolah aku terlepas dari bebanan dakwah..
tapi, sedarkah aku firman Allah s.w.t; “Dan takutlah fitnah yang bukannya menimpa kepada orang yang zalim secara khusus.. (al-Anfal :25 )
Jika aku tidak berusaha seupaya aku, kemungkinan Allah akan menurunkan azab secara umum, bukannya khusus kepada si zalim, ah, bahkan berdiam diri melihat kemungkaran di depan mata, malah hati juga tridak diselimuti kebencian terhadap kefasadan, bukankah itu juga zalim namanya..
Diri ini terus beralasan, alah, kebathilah dah tersebar luas, nak dakwah apa lagi? takde makna daah..Kau fikir je diri kau, kubur kau, usah kisah dan peduli orang lain, aduhai malangnya diri ini, bukankah dakwah itu perlu dilaksanakan walau tidak diterima masyarakat?

Allah menceritakan hal ini didalam al-Quran ; “dan ingatlah, ketika satu kaum dikalangan mereka berkata, mengapa kamu menasihati kaum yang dibinasakan atau diazab oleh Allah dengan azab keras? Mereka menjawab, “agar kami mempunyai alasan (terlepas tanggungjawab) kepada tuhanmu, dan semoga mereka bertaqwa, setelah mereka(orang yang zalim) melupakan apa yang diingatkan, kami selamatkan orang yang melarang kejahatan dan kami timpakan kepada orang yang zalim dengan siksaan yang keras disebabkan mereka berbuat kefasikan.”
Ayat diatas menggambarkan ahli kampung yang berpecah kepada 3 kelompok, kelompok yang pertama adalah pelaku maksiat.

Puak yang kedua pula ialah mereka yang mengingkari perbuatan maksiat tersebut dan berusaha mengubahnya.

Manakala kumpulan yang ketiga adalah geng yang berdiam diri dan berteleku, tidak melakukan maksiat, mencegahnya juga tidak, bahkan mereka berkata kepada kumpulan yang kedua berusaha dijalan dakwah; “untuk apa kamu menasihati kaum yang dihancurkan dan diazab Allah dengan azab yang dahsyat? kenapa kamu menegah mereka sedangkan kamu tahu mereka tidak akan mendengar ajakan kamu dan berhak mendapat azab tuhan akibat kezaliman mereka? tak da faedah pun tegahan kamu keatas mereka..

Jawab golongan kedua itu, “kami sekadar melaksanakan kewajiban amar maaruf dan nahi mungkar, dan kami serahkan urusan selepas itu kepada Allah, kami sekadar mengajak pemaksiat itu agar meninggalkan maksiat dan bertaubat kepada Allah, muda-mudahan mereka menerima dakwah kami.
Tiada lagi alasan..alah.. jika engkau malas, katakan malas, “aku tak da ilmu,” ceh, tak kan langsung tak da, tak kan kalimah syahadah pun tak faham..dakwahlah dengan kemampuan masing2, kalau dah malas sangat, aku minta satu je pada diriku ini, tolonglah jangan tambah kemaksiatan dan kemungkaran di muka bumi ini, jika engkau malas mencegahnya…be a good muslim.. tapi, tolonglah, sekurang-kurangnya jadikanlah hati engkau benci kepada maksiat, jika hati telah tenang dan rasa biasa je dengan kemaksiatan, dimana lagi iman ingin bertapak..Allahul musta’an..

Read Full Post »

« Newer Posts