Feeds:
Kiriman
Komen-komen

Archive for April 2013

Lelaki dan Sutera


64401957_1-Gambar-kemeja-batik-sutera-terengganuMutakhir ini, sering kelihatan dihari raya dan kenduri perkahwinan, semua ahli keluarga berpakaian sedondon, juga baju batik yang dipakai ketempat kerja, disana ada permasalahan yang perlu diketahui umum tentang jenis kain yang digunakan untuk membuat pakaian sedondon tersebut.

Hukum asal bagi pakaian.

Secara umumnya, hukum asal bagi memakai sesuatu pakaian adalah harus, sehinggalah datangnya dalil yang melarang pemakaian sesuatu jenis pakaian itu.

Antara larangan dalam pemakaian ialah sutera bagi lelaki.

100% sutera.

Jika kain yang digunakan untuk membuat pakaian adalah 100% daripada sutera, maka ianya haram dipakai oleh kaum lelaki yang telah baligh.

Keharaman ini disepakati oleh para ulama. [lihat al-Mughni ; 1/421].

Antara sandaran dalilnya ialah  sabda nabi saw :

حُرِّمَ لِبَاسُ الحَرِيرِ وَالذَّهَبِ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي وَأُحِلَّ لِإِنَاثِهِمْ

Maksudnya : diharamkan memakai sutera dan emas bagi lelaki dan dihalalkan bagi perempuan. [diriwayatkan oleh al-Tirmizi no. 1720 ].

Berdasarkan hadis ini, dilarang bagi kaum lelaki untuk memakai sutera, dan sutera yang dimaksudkan ialah yang dibuat dari ulat sutera دودة القز)). Adapun kain yang dinamakan sutera, tetapi hakikatnya ia bukan dibuat dari ulat sutera, maka harus bagi lelaki memakainya. Kerana ia kembali kepada hukum asal dalam pemakaian iaitu harus. Berilah apa juga nama bagi sesuatu yang haram, ia kekal haram, begitu juga perkara yang halal, berilah ia nama apa sekalipun, ia kekal halal.

Pemakaian sutera ketika dharurat.

Secara umumnya, perkara yang haram, boleh menjadi harus jika ada keadaan yang mendesak menyebabkan kita terpaksa melakukan perkara yang haram, didalam hal pemakaian sutera, ada beberapa keadaan yang mengharuskan lelaki memakai sutera. Contohnya seperti sakit.

Hal ini berdasarkan rukhsah yang diberikan oleh nabi saw kepada Abd Rahman bin ‘Auf dan al-Zubair untuk memakai sutera. [lihat al-Bukhari ; 2920 ].

Hikmah larangan.

Allah swt menjadikan fitrah sifat orang lelaki itu kasar, dan fitrah orang perempuan itu lembut dan halus. Maka kerana itulah sutera diharamkan bagi orang lelaki kerana ia bercanggah dengan fitrah lelaki. Sebagaimana yang kita tahu, sutera adalah kain yang sangat lembut, maka ia tidak sesuai dengan sifat kejantanan, tetapi ia sesuai dengan kelembutan wanita.

Berdasarkan rukhsah yag diberikan oleh nabi saw kepada dua orang sahabat itu, menunjukkan yang sutera diharamkan bagi lelaki bukan kerana sutera itu najis, kerana jika ianya najis, wanita juga tidak boleh memakainya, tetapi ianya haram kerana memakai sutera itu membawa kepada sifat berlembut-lembut. Oleh sebab itu itu ia dibolehkan untuk dharurat seperti sakit, kerana tujuannya bukan untuk berlembut-lembut, tetapi untuk perawatan.

Kain campuran yang dibuat dari sutera dan bahan lain.

Sebagaimana yang telah dijelaskan, kain yang dibuat dari 100% sutera adalah haram bagi lelaki memakainya, bagaimana pula kain campuran? Iaitu kain yang dibuat dari sutera dan jenis kain yang lain seperti kain cotton contohnya.

Secara umumnya masalah ini boleh dibahagikan kepada tiga.

Ia adalah pendapat didalam mazhab Syafie dan majority Ulama yang lain.[ an-Nawawi ; Raudhah at-Talibin : 66/2],[Ibn Qudamah, al-Mughni ;422/1] :

1)      jika peratusan sutera lebih banyak, maka ianya haram dipakai.

2)      jika peratusan sutera lebih sedikit dari campuran yang lain, maka hukumnya harus memakainya.

3)      jika peratusan sutera dan campuran yang lain sama banyak, maka diperselisihkan oleh para ulama, namun pendapat yang dilihat lebih selamat untuk diamalkan ialah tidak diharuskan bagi lelaki memakainya.

Secara umumnya pembahagian ini berlaku berdasarkan  kerana sutera pada kain itu tidak terzahir, campuran yang lain lebih menonjol berbanding sutera. Kerana itu ianya dibenarkan. Dan kerana itu juga perbezaan yang agak panjang perbahasannya dikalangan ulama jika peratusan sutera dan campuran yang lain 50-50.

Wallahua’lam…

Read Full Post »


Sedang Sendiri

Adakalanya ketaatan yang dilakukan,

 diiringi dengan rasa besar diri dan kagum terhadap diri sendiri,

 maka Allah tidak menerima ketaatan itu kerana ia sunyi dari keikhlasan..

Adakalanya kita terjerumus kedalam lembah kemaksiatan,

 tetapi sebenarnya Allah ingin memberi kebaikan untuk kita, dengan mencampakkan rasa kesedihan dan penyesalan diatas kemaksiatan itu..

 maka dibuka lorong untuk kembali kepadaNYA…

Orang yang melakukan maksiat,

 kemudian bertaubat dengan sebenar-benar taubat lebih baik,

 dari mereka yang melakukan ketaatan,

 tetapi ketaatan itu menjadikan dirinya sombong dan memperkecilkan orang lain yang tidak mendatangi ketaatan itu…

Maka…sembunyikanlah kebaikan yang engkau lakukan

 sebagaimana engkau malu menceritakan keburukan dan keaibanmu,,,

Kerana itu juga, sembunyikanlah keburukan orang lain,

 sebagaimana engkau malu keburukanmu didedahkan..

Manusia itu selamanya tidak sunyi dari kekurangan dan keaiban…

Kebumikan kemasyhuranmu,

 dengan merapatkan anggota tubuh yang termulia dengan tanah..

menyembah Yang Maha Agung penuh pengharapan..

Jangan jadikan dirimu suka dikenali,,

 tetapi jadikan dirimu benar-benar ingin mengenali Penciptamu,,,

 sesungguhnya, dunia ini hakikatnya gelap,

kebenaranlah yang meneranginya,

mintalah Sang Pencipta agar ditunjuki jalan kebenaran,

dan tidak dikaburi pandangan dengan awan kebatilan….

Read Full Post »