Disunatkan kita memperbanyakkan selawat kepada baginda saw pada hari Jumaat, sebagai antara tanda kecintaan kita kepadanya. Sebagaimana sabdanya :
إن من أفضل أيامكم يوم الجمعة فيه خلق الله آدم وفيه قبض وفيه النفخة وفيه الصعقة فأكثروا من الصلاة علي فيه….
Maksudnya : sesungguhnya sebaik-baik hari bagi kamu ialah hari jumaat, pada hari tersebut Allah mencipta Nabi Adam, dan padanya dimatikan, juga pada hari jumaat akan berlakunya kiamat, maka perbanyakkanlah selawat keatasku pada hari jumaat…. [lihat Targhib wa tarhib, al-Munziri 1/336].
Selawat dan rabiul awwal.
Begitu meriah sambutan bulan kelahiran baginda saw di Malaysia, dimana sahaja kedengaran alunan nasyid-nasyid selawat di corong-corong pembesar suara, ditambah pula dengan pelbagai perarakan disana sini. Entah apa kaitannya antara berarak dengan menyatakan kecintaan kepada baginda saw, saya kurang pasti.
Semoga mereka yang bersungguh bersemangat menyatakan kecintaan kepada baginda saw di rabiulawwal dengan pelbagai majlis salawat dan berarak, tetap terus bersemangat untuk lebih mendalami ilmu-ilmu sunnah baginda saw pada bulan-bulan yang mendatang.
Bidaahkah amalan dan sambutan maulid sebagaimana di Malaysia?
Polemik ini terus dibahaskan oleh para Ilmuan, dan aku bukanlah orangnya untuk turut serta membincangkannya diruangan ini.
Namun, aku pasti semua yang berbeza pendapat tentang itu, bersepakat yang amalan sedemikian tidak pernah disambut oleh baginda saw, mahupun sekalian sahabat yang diredhai Allah.
Pada titik persamaan itulah, menutut hemat aku, kita bersepakat yang lebih baik adalah mencintai baginda saw menurut apa yang diajar oleh nabi saw, mengikut jalan dan cara para salafussoleh. Iaitu dengan mempelajari dan mengamalkan sunnah-sunnah baginda saw dalam kehidupan seharian kita, bermula dari bangun tidur sehinggalah kita tidur semula, mengikut kemampuan kita.
Dengan itu, tahulah kita yang mana satu lebih perlu diutamakan,,,
sesungguhnya belum tentu mereka yang putus-putus urat leher menjerit berselawat dan berqasidah memuji baginda saw ditambah dengan bersakit-sakit lutut berarak itu lebih cinta dan mengenal rasulullah saw berbanding mereka yang benar-benar berusaha mempelajari dan mengamalkan sunnah baginda saw dalam kehidupan sehariannya, sekalipun dia tidak menyertai apa yang dilakukan oleh orang kebanyakan pada rabiulawwal ini.
Berkirim salam kepada baginda saw.
Hal ini menjadi satu kebiasaan yang berlegar didalam masyarakat. Adakah amalan ini mempunyai sandaran untuk diamalkan? Aku juga sering diminta untuk mengirim salam kepada baginda saw jika pergi ke masjid nabawi di Madinah Munawwarah.
Islam adalah agama yang sangat mudah diamalkan, jangan disusah-susahkan,,
apa kata baginda saw berkenaan dengan selawat dan salam keatasnya?
Sabda baginda saw :
لا تجعلوا بيوتكم قبرا ولا تجعلوا قبري عيدا وصلوا عليّ فإن صلاتكم تبلغني حيث كنتم.
Maksudnya : janganlah kamu jadikan rumah kamu seperti kuburan, janganlah kamu jadikan kuburku suatu perayaan, berselawatlah kepadaku, sesungguhnya selawat kamu sampai kepadaku dimana juga kamu berada. [lihat Abu Daud ; 2042 ]
Hadis ini memberi petunjuk yang jelas kepada kita, yang kita tidak perlu meminta orang mengirim salam kepada baginda saw di kubur baginda saw.
Tetapi kita sendiri yang mengucap selawat dan salam kepada nabi saw, dimana juga kita berada, diceruk hutan, di perhentian bas, mahupun ketika menunggu giliran kat pejabat pos. selawat dan salam kita akan sampai kepada baginda saw!!
Ditambah pula, kenapa kita meminta orang lain yang menyampaikan salam kita kepada baginda saw? sedangkan yang menyampaikan salam kita kepada baginda saw adalah orang yang jauh lebih baik dari orang tersebut.
Sabda nabi saw :
إن لله في الأرض ملائكة سياحين يبلغوني من أمتي السلام
Maksudnya : sesungguhnya bagi Allah itu para malaikat di bumi, mereka menyampaikan kepadaku salam umatku.[ lihat al-bidayah wa al-nihayah ; Ibn Kathir ;5/241]
Justeru, untuk apa kita meminta orang lain mengirim salam kita kepada bainda saw, sedang salam kita telah disampaikan oleh Malaikat yang tidak berdosa.
Kesimpulan.
Semoga Allah menanam rasa dan cinta dan kasih didalam hati kita kepada nabi saw dengan berusaha sedaya upaya untuk mempelajari dan mengamalkan sunnahnya.
Berselawatlah kepada baginda saw dengan cara yang diajar oleh baginda, aku yakin yang demikian adalah suatu kesepakatan diantara kita bahawa itu adalah yang terbaik.
Tinggalkan Jawapan