Hari ini, umat Islam di Palestin terus diganyang tanpa simpati oleh Zionis, jihad masih berterusan tanpa ada rasa lelah, demi membebaskan bumi bertuah yang dirampas musuh Allah juga musuh umat Islam.
Kisah di Palestin telah berlarutan berpuluh tahun, namun keyakinan mestilah disemat dijiwa yang Islam tetap akan menguasainya kembali. Usaha harus diteruskan.
Jihad dalam Islam.
Secara umumnya, semua agama membincangkan tentang peperangan, dan Islam sudah tentu tidak terkecuali membincangkannya, disudut disiplin, tatacara, adab dan kaedah peperangan.
Malah, kita sebagai umat Islam bukan sahaja dituntut berjihad disudut peperangan fizikal sahaja, bahkan disudut rohani juga jihad mesti diteruskan, kerana musuh rohani adalah lebih nyata walaupun tidak kelihatan dimata kasar, iaitu syaitan. Firman Allah swt :
إنه لكم عدو مبين
Maksudnya : “sesungguhnya Syaitan itu adalah musuh yang nyata” [yasin ; 60 ]
Peperangan fizikal.
Ia terbahagi kepada dua :
1- jihad menyerang ;
iaitu melancarkan peperangan keatas orang kafir di Negara mereka, tujuannya adalah untuk menghapuskan mereka yang menyekat orang lain dari memeluk Islam. Namun sebelum jihad dilancarkan ;
-mestilah dihantar terlebih dahulu perwakilan agar menerima dakwah Islam.
-Jika dakwah ditolak, maka diminta agar membayar cukai(Jizyah) kepada kerajaan Islam, dan negara itu menjadi sebahagian dari wilayah Islam.
-Jika enggan membayar, barulah diperangi.
Kesimpulannya, bukan secara semberono diserang sesebuah Negara itu. Peperangan yang ingin dilancarkan juga mestilah dibawah arahan pemerintah(samada pemerintah yang adil mahupun zalim), bukannya secara gerila. Ia mestilah dilancarkan dibawah panji Islam.
Maka jika dilihat situasi dan senario umat Islam pada hari ini, jihad menyerang tidak mampu dilaksanakan, kerana apa? Tidak perlu disebut disini, kerana aku yakin semua telah maklum.
2- Jihad bertahan.
Ia bermaksud menghalang kaum kafir dari memasuki dan menguasai wilayah Islam.
Jihad bertahan adalah wajib keatas semua individu di Negara tersebut. Sehinggakan anak tidak perlu meminta izin dari ibu bapanya untuk dia berjihad. Contohnya pada hari ini, adalah jihad umat Islam di Palestin.
Mungkin timbul persoalan, adakah boleh kita pergi secara individu atau berkumpulan, membantu umat Islam memerangi dan berjihad menentang zionis disana?
Secara umumnya, tiada contoh dan petunjuk dari generasi salafussoleh mahupun sekalian sahabat ra, yang keluar berjihad tanpa arahan dari pemerintah umat Islam(yang adil mahupun zalim). Mereka tidak akan keluar berjihad secara individu mahupun gerila, tetapi mereka keluar berjihad dibawah panji Islam.
Justeru, apa yang lebih baik adalah berdoalah untuk kemenangan Islam, dan menyumbanglah di sudut kewangan!
“Menjadi debu di medan peperangan adalah lebih baik dari duduk menonton filem dan drama sambil makan cekodok”
Reblogged this on Oviruses 65.
Apa pandangan tuan mengenai isu di Palestine, mengapa ia terus berlaku “pergaduhan” antara kaum, atau “peperangan” antara agama, atau “perkelahian” menuntut “hak” untuk tinggal di bumi yang sama. Apakah rakyat palestine sedang mencontohi pesanan Rasul Allah supaya berdamai, supaya tidak bermain api dengan orang yang tidak islam supaya mereka tidak melawan kita dengan lebih kejam.
Apakah peranan kita? samada untuk melagakan mereka atau meniup api supaya mereka terus bercakaran atau berperang. Atau peranan orang islam, melakukan sesuatu supaya berlaku perdamaian,
Apakah orang islam sedang mencontohi peribadi Rasul Allah? atau mereka hanya mencontohi fizikal rasul?
Salam hormat.
saudara “blog juga”, mereka yg di palestin berjuang sedemikian kerana palestin adalah tanah mereka, sama seperti jika ada perompak yg ingin merompak rumah kita dan menodai adik perempuan kita, adakah dibiarkan dan diredhai sahaja?