Sebelum berbicara tentang sah atau tidak, apakah yang dimaksudkan dengan pakaian haram?
Yang dimaksudkan disini ialah sutera( haram bagi lelaki memakainya) atau baju yang dicuri atau baju yang dibeli hasil dari duit yang haram.
Para ulama’ telah berselisih pendapat, adakah sah solat mereka yang ketika menunaikan solat, memakai pakaian haram seperti yang disebut diatas?
Pendapat pertama : tidak sah solat dengan pakaian haram.
Ia adalah pendapat yang masyhur di dalam mazhab Hanbali. [ lihat al-Insof ; 1/457 ]
Antara hujah bagi pendapat pertama ini ialah ;
Solat adalah sesuatu yang diperintahkan, manakala mencuri pakaian dan memakainya adalah haram, jadi, mereka yang memakai pakaian haram ketika solat telah melakukan perkara wajib(solat) dan haram(pakaian haram) pada masa yang sama. Maka mustahil sesuatu perbuatan itu menjadi wajib dan haram dalam satu masa yang sama.
Bagaimana seseorang itu melakukan sesuatu amalan untuk mendekatkan diri kepada Allah, dalam masa yang sama dia dihukum kerana melakukan perkara haram? Justeru mustahil seseorang itu diberi pahala dan dosa bagi satu amalan yang sama(solat dengan pakaian haram).
Pendapat kedua : sah solat tersebut tetapi berdosa.
Ia adalah pendapat jumhur(majoriti) Ulama, termasuk Mazhab Syafie[ lihat Majmu’ ; 3/179].
Antara hujah bagi pendapat kedua ini ialah ;
1- solat sah kerana perintah solat dan larangan memakai pakaian sutera sebagai contoh, adalah dari arah yang berbeza, iaitu, solat adalah suatu yang diperintah oleh Allah; “tunaikanlah solat” dan memakai sutera bagi lelaki sebagai contoh, adalah haram ; “Jangan memakai sutera”. Maka solat adalah suatu perkara dan pakaian haram pula satu perkara yang lain.
Larangan tersebut bukan berbentuk –sebagai contoh-; “jangan memakai sutera/ pakaian curi ketika solat”, jika bentuk larangan sebegitu, maka barulah dikatakan solat itu tidak sah.. jadi, solat seseorang yang memakai pakaian curi atau pakaian dari rezeki yang haram adalah sah, tetapi dia berdosa kerana pakaian tersebut.
2- jika diberi perumpamaan ; seorang bos(Ahmad) memberi arahan kepada pekerjanya(abu) ; “Abu ! buat air kopi untuk saya, dan satu lagi, jangan masuk bilik mesyuarat!”
Abu pun buat lah kopi untuk bosnya tetapi dia buat kopi itu didalam bilik mesyuarat..
Maka, Abu berhak untuk mendapat hukuman kerana memasuki bilik mesyuarat, dalam masa yang sama, dia juga berhak untuk mendapat penghargaan dari Ahmad kerana dia telah membuat kopi untuknya.
Demikianlah solat, Allah memerintahkan ; “dirikan solat!” dan melarang ; “jangan pakai sutera !” maka hamba tersebut berhak mendapat pahala solat, dan dalam masa yang sama, berhak untuk dihukum kerana memakai sutera.
Kesimpulannya
Fuhh,,, penat nak buat ayat supaya diri sendiri faham dengan apa yang ditulis, semoga bermanfaat,,ameeen,,
Apapun, mana satu pendapat yang dipilih, yang pentingnya, semua bersepakat yang dosa tetap terpalit, sah atau tidak, itu perkara kedua. Jika pun pendapat majoriti ulama adalah yang tepat dan betul dan dipilih, tetapi pendapat yang pertama usah dipandang sebelah mata, memang kita secara fitrahnya akan terfikir, bagaimana seorang yang pakaiannya dari sumber yang haram, bersolat dan cuba mendekatkan diri dengan Allah menggunakan pakaian yang haram?
Solat itu maknanya di sudut bahasa ialah doa..
Sabda nabi saw:
…الرجل يطيل السفر أشعث أغبر يمد يديه إلى السماء يا رب يا رب، ومطعمه حرام، ومشربه حرام، وملبسه حرام، وغذي بالحرام، فأنا يستجاب لذلك
Maksudnya : ” …seorang lelaki yang panjang perjalanannya, rambutnya kusut masai dan dipenuhi debu(kerana perjalanan yang panjang), mengangkat kedua tangannya ke langit, ya tuhanku ya tuhanku( berdoa kepada Allah) makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram, maka bagaimana ingin dimustajab doanya? [ riwayat Muslim ; 1015]
Apabila ramai belajar tingi-tinggi, apabila ramai yang ingin bertanya dan ramai pula yang ingin menjawab, maka timbullah berbagai-bagai karenah soalan dan jawapan. Kemudian saya merasa hairan apabila ada orang bertanya soalah begitu ?? apa tujuannya? apakah soalah-soalan begitu tidak memalukan orang islam lain apabila ada orang islam yang bertanya soalah seumpama itu?
Inilah akibatnya apabila islam berada di mulut. Masing-masing ingin menunjukkan keislamannya dengan berbicara tajuk-tajuk Islam walaupun mungkin ia tidak berfaedah.
Maaf, Saya tidak ingin menyalahkan sesiapa, malah saya bersyukur kerana adanya cerdik-pandai yang berjaya melepaskan diri dengan soalan-soalan pelik begini.
Akhir kata, saya mohon tunjuk ajar dari tuan, semoga pertemuan ini menjadi faedah kepada kita semua. Hanya Allah yang maha bijaksana lagi maha mengetahui.
saudara “blog juga”,sebenarnya apa yg saya tulis itu adalah sekadar contoh untuk sesuatu ibadah yg dilakukan dengan menggunakan benda yg haraam, atau dari hasil yg haram,,sy beri contoh yg lain, menunaikan haji dan umrah dengan sumber kewaangan yg tidak halal, dll,,bertanya untuk mengelakkan drpd tersilap dan tersalah dalam melakukan ibadah bukan sesuatu yg memalukan, yg memalukan ialah mereka yg tidak tahu, tetapi buat-buat tahu dan tidak mahu bertanya,,bodoh sombong barangkali..
jikalau seseorang hamba itu tidak berkemampuan dan ingin mendekatkan diri dengan Allah SWT, lalu dia terpaksa berbuat demikian niatnya hanya satu ingin menunaikan solat…apakah hamba Allah itu tetap berdosa?
Assalam. Saya ingin bertanya. Memakai pakaian yg bertulis “Team Cocaine” di dalam solat dikira sebagai? Adakah haram ataupun tidak?
Terima kasih bagi yg sudi mnjawab.
saya tak tahu apakah itu team cocaine, tetapi sekiranya perkataan tersebut mempromosikan sesuatu yang tidak baik, maka elakkan daripada memakainya. namun solat tetap sah