قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : إن أخوف ما أخاف عليكم الشرك الأصغر : الرياء.
Maksudnya : sabda nabi saw: sesungguhnya perkara yang paling aku takut sekali keatas kamu ialah syirik kecil : iaitu riya’ [riwayat Ahmad].
Makna riya’
Riya’ adalah perkataan bahasa arab dari kata kerja 4 huruf(راءى) =(فاعل).kata kerja empat huruf sebegini boleh memberi dilalah(maksud) yang pelbagai. Tetapi disini, maksud yang sesuai ialah menjadikan sesuatu perbuatan itu boleh dilihat oleh orang lain. Atau dengan bahasa yang lebih mudah, menunjuk-nunjuk..
Itu disudut ilmu sorofnya,,
Disudut syara’ pula, boleh dimaksudkan sebagai melakukan sesuatu ketaatan kepada Allah, atau meninggalkan laranganNYA dengan niat bukan kerana Allah, tetapi, selainNYA.
Hukum riya’
Riya’ disebut sebagai syirik kecil, ia dianggap syirik kerana seseorang melakukan sesuatu ibadah dengan niat bukan kerana Allah, tetapi kerana sebab-sebab yang lain. Maka dia telah menyekutukan Allah pada niat.. riya’ tidak menyebabkan seseorang muslim terkeluar dari agamanya, tetapi dia berdosa dan tidak diterima amalan tersebut disisi Allah.
Riya’ sifat orang munafiq.
Kita maklum yang munafiq itu menyembunyikan kekufuran dan menzahirkan keimanan,, maka riya’ itu adalah sifat mereka, Firman Allah yang bermaksud :
“mereka itu riya’ kepada manusia, dan tidaklah mereka itu mengingati Allah kecuali sedikit“[ a-Nisa’ : 142]
Nabi saw sebut, kerisauan yang paling dahsyat pada diri baginda saw keatas umatnya adalah riya’, kenapa? Kerana perasaan riya’ boleh menyelinap tanpa kita sedari, kerana ia tidak boleh dilihat, Cuma boleh dirasa..tempatnya dihati, hati itu mudah terbalik-balik,,,,,,
tiada bertepi.
Kata Ibn Qayyim : syirik pada kehendak dan niat itu seperti laut yang tiada tepinya, sedikit sahaja dikalangan manusia yang selamat darinya… [ al-Jawab al-Kafi ; 115 ].
Sembahyang, puasa sunat, sedekah,baca quran, belajar agama, ceramah, tulis blog, status di facebook dan twitter, usrah, tolong orang, dan banyak lagi, apa juga amalan kebaikan yang insan lakukan, pasti rasa yang jahat ini cuba untuk singgah dan menetap didalam hati si pelaku kebaikan…
Ustaz, penceramah, pelajar agama, imam masjid, bilal, siak, pemandu, jurutera, doktor, peniaga, perdana menteri, ahli parlimen, ADUN tanpa mengira parti mana pun dia, miskin, kaya, tua, muda,,,siapapun dia, parasit ini pasti cuba menyelinap masuk kedalam hati-hati mereka..
Sabda nabi saw yang bermaksud ;
“Sesiapa yang melakukan sesuatu amalan, dia mensyirikkan aku pada amalan tersebut, maka aku tinggalkan dia dan apa yang dia sekutukan itu.”[ riwayat Muslim]
Tinggalkan kebaikan atau tinggalkan riya’?
Kerana takutkan riya’, adakah caranya dengan meninggalkan amal kebaikan? Tentu sekali tidak, sudah tentu dengan menolak sedaya upaya perasaan riya’ yang menjengah hati.. amal mesti dilakukan, jangan kerana alasan takutkan riya’, ditinggalkan solat berjemaah, kerana meninggalkan solat jemaah kerana takut riya’ itulah sebenarnya riya’!
Riya’ itu lawannya ikhlas.
Jika riya’ itu tempatnya hati, demikian juga ikhlas, hati itu tempat letaknya taqwa, bukan di mulut yang bertutur, tidak juga di jari yang menari-nari menulis di blog, facebook dan twitter.
Hadis yang menceritakan tentang setiap amalan itu berdasarkan niat, kata Imam Syafie, ia memasuki lebih 70 bab dalam masalah fiqh, jumlah yang disebut itu bukanlah memaksudkan bilangan tersebut, tetapi bermaksud betapa besarnya peranan niat dan hati bagi sesuatu amalan. Sebagaimana firman Allah :
“Jika kamu(Muhammad) memohon ampun untuk mereka sebanyak 70 kali pun, aku tidak akan memaafkan mereka“[ at-Taubah ;80]
Angka 70 itu tidak bermaksud menunjukkan bilangan, tetapi maksudnya, sebuah perumpamaan ;banyak mana sekali Baginda saw memohon ampun untuk golongan munafiqin, maka tetap mereka tidak diampunkan.
Demikianlah niat, amalan yang sama dilakukan oleh si A dan si B, tetapi kerana niat yang berbeza, mungkin sahaja seorang ke neraka dan seorang ke syurga..
Akhirnya
Riya’ dan ikhlas tak mungkin duduk semeja didalam hati seseorang, jika ada riya padanya, maka pergilah ikhlas. Begitulah sebaliknya,.. riya dan ikhlas itu selamanya akan bergaduh dan bersaing merebut tempat didalam hati manusia,,,
“Maka sesiapa yang mengharapkan bertemu dengan Allah, maka henndaklah dia beramal soleh dan dia tidak menyekutukan tuhannya dengan sesuatu pun dalam amalan tersebut.” [ al-Kahfi ;110 ].
Tinggalkan Jawapan