Soalan : kawan saya berpuasa sunat, dia telah menyetubuhi isterinya yang sedang puasa qadha’ Ramadan, apakah hukum perbuatan tersebut?
Jawapan : wah! Teruja saya mendapat soalan sedemikian, soalan panas di bulan Syawal, kerana saya juga telah berkahwin! Maka jawab saya padanya, tiada dosa keatas yang berpuasa sunat membatalkan puasanya. Tetapi kerana isterinya sedang berpuasa ganti, maka, tidak harus untuk membatalkan puasa ganti yang wajib. Jika dibatalkan, dimestikan untuk bertaubat dan berazam untuk tidak mengulanginya. Ini kerana kaffarah yang wajib( merdekakan hamba atau berpuasa 2 bulan berturut-turut atau memberi makan kepada 60 orang miskin) hanya jika seseorang berjimak di siang hari Ramadan sahaja.
Demikian jawapan saya secara ringkas tanpa dalil dan penghujahan..
dibawah ini saya terjemahkan fatwa dari islamqa.info yang diselia oleh Syeikh Muhammad Salih al-Munajjid ;
Qada’ puasa Ramadan adalah antara puasa yang wajib, tidak boleh bagi seseorang untuk membatalkannya kecuali darurat. Jika seseorang sedang mengqada’ puasanya, maka wajib baginya menyempurnakannya dan tidak harus untuk berbuka kecuali dengan adanya uzur syar’ie.
Telah sabit dari Ummu Hani’ RA berkata
يا رسول الله لقد أفطرت وكنت صائمة ؟ فقال لها : أكنت تقضين شيئا ، قالت لا ، قال : فلا يضرك إن كان تطوعا
maksudnya : “wahai rasulullah, aku telah berbuka sedang aku berpuasa”. Rasulullah saw berkata padanya : “adakah kamu sedang mengqada’kan sesuatu?” jawab beliau ;”tidak”. Kata rasulullah : “maka ia tidak memudaratkan kamu jika ia adalah puasa sunat.” [ Abu Dawud ; 2456 ].
Hadith ini menunjukkan bahawa jika seseorang berpuasa sunat, maka dia tidak berdosa untuk membatalkan puasanya(pen) tetapi ia memberi mudharat jika puasa tersebut adalah puasa wajib, mudharat disini bermaksud berdosa.
maka, kaffarah jima’ tidak diwajibkan kecuali mereka yang membatalkan puasa dengan jima’ dibulan Ramadan sahaja. Maka tidaklah wajib keatas kamu kaffarah kecuali mengqada’kan puasa yang telah dibatalkan itu, bertaubat serta berazam tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Kata Ibn Rusyd ; ” telah sepakat jumhur bahawa tidak ada kaffarah bagi mereka yang berbuka secara sengaja bagi puasa qada’ Ramadan, kerana tiada padanya keharaman sebagaimana Ramadan.[ Bidayatul Mujtahid wa Nihayatul Muqtasid 2/80].
Link bagi fatwa diatas: http://islamqa.info/ar/ref/40242
p/s ; saya hanya terjemahkan sebahagian fatwa sahaja dan insyaAllah tidak menjejaskan kesimpulan yang boleh diambil dari fatwa tersebut InsyaAllah. Iaitu, tidak mengapa untuk kita membatalkan puasa sunat, tetapi bagi puasa qada’ Ramadan, maka berdosa dan wajib bertaubat tetapi tiada apa-apa kaffarah dikenakan kepada suami mahupun isteri.
Demikian juga kata Ibn Qudamah : ” dan tidak diwajibkan kaffarah bagi mereka yang membatalkan puasa qada’ Ramadan mengikut pandangan ahli ilmu dan jumhur fuqaha’. [al-Mughni 3/138].
dan kata beliau lagi :” sesiapa yang berpuasa sunat, maka adalah sesuatu yang disukai jika dia menyempurnakannya, tetapi tidaklah wajib, jika dia membatalkannya, maka tidak wajib dia mengqada’nya. diriwayatkan dari Ibn Umar dan Ibn ‘Abbas yang berpagi-pagi dalam keadaan berpuasa kemudian mereka berbuka….[ al-Mughni 3/1159].
Justeru di kala syawal masih berbaki, ramai yang sedang berpuasa sunat 6, disamping ada jemputan rumah terbuka, atau adanya tetamu yang berkunjung, adakah boleh kita membatalkan puasa sunat yang sedang dilakukan? atau seseorang yang sedang berpuasa qada’, bolehkah dia membatalkan puasanya? mudah-mudahan telah terjawab sedikit sebanyak dengan tulisan ringkas saya ini..
Wallahua’lam..
Salam bgaimana pula kalau seseorang itu membatalkan puasa sunatnya dengan cara bersetubuh adakah kena kaffarah.
waalaikumussalam,,saya rasa iallah artikel ringkas ini telah menjawab soalan saudara,,
Puasa qadha dahulu baru puasa sunat.kalau tidak puasa sunat kita tak diterima allah..apa maksudnya?adakah segala qadha puasa dlm seumur hidup kita perlu dilakukan dahulu kmdian baru boleh berpuasa sunat?
Klau gadis bagaimana pula utk hukum buka puasa qada krana letih kerja d tapak binaan . Adkah dkenakan kaffarah juga. Tolong sya terangkannya
puan,,,puasa qada’ walaupun tidak boleh dibatalkan, tapi tak dikenakan kaffarah jika membatalkannya, cuma perlu bertaubat dan menggantinya dihari yg lain,,
jika sedang berpuasa qada’ tetapi pada siang hari itu, seseorang itu mengalami ‘vertigo’ kepala pening n berpusing. Adakah wajib bagi dirinya meneruskan puasa tersebut atau lebih baik dibatalkan memandangkan keadaan boleh mudharat? pohon penjelasan segera
sakit yang memudharatkan adalah antara keringanan yang diberikan oleh syarak untuk seseorang berbuka puasa, samada puasa ramadhan atau qadha’
kalou misalnya mlamnya dia luarin nani tampa sengaja terus dia gk mandi paginya dia berpuasa hukumnya dia tuh batal gak. mohhon penjelasaan nya…
ngak batal.puasanya sah..
saya nk tnye,,cnthnye smlam kte niat puasa gnti, tetapi tidak bgn shur.kmudian keesokannye, tidak jadi puase. boleh tidak boleh?
tidak mengapa kerana dia belum memulakan puasa, yg tidak dibenarkan ialah jika dia telah berpuasa, kemudian ditengah hari, rasa nk berbuka,,maka ini yg tidak dibenarkan
saya juga teruja nak bertanya… melalukan seks dalam keadaan tidak ingat lansung sedang berpuasa sunat… bolehkah meneruskan puasa sunat tersebut ? mohon penjelasannya
Batal kak oi…
It is in reality a nice and useful piece of info.
I am happy that you shared this useful information with us.
Please stay us informed like this. Thanks for sharing.
Assalammualaikum..
Mohon bertanya
sekira mlm itu saya sudah berniat posa ganti ramadhan dan bgn sahur pd pukul 4. Selepas subuh sy dan suami bersetubuh. Blh kah di teruskan puasa ganti itu?
mohon bantuan. Sekian terima kasih
Waalaikumussalam, puasa batal dah
dah bersetubuh, batal la
Boleh ke ganti puasa 2 bulan dengan selang seli. Contohnye hari tak ganti puasa esok baru ganti.
puasa kaffarah tidak boleh diselang seli
Boleh ke ganti puasa selang seli
boleh
boleh
Jika sengaja membatalkan puasa qada, adakah
puasa tersebut perlu digandakan? mohon penjelasan….
tak perlu
tidak
This piece of writing will assist the internet viewers for creating
new web site or even a blog from start to end.
Kalo kita lagi puasa Sunnah Arafah tapi bertamu ke rumah orang terus kita membatalkan puasanya demi menghargai itu gimana ya
boleh untuk membatalkannya, tetapi adalah lebih baik untuk kekal berpuasa
kalau bersama suami di malam hari dan mandi hadas selepas azan subuh,adakah puasa qada’ batal atau boleh diteruskan
tidak batal, boleh diteruskan
Assalamualaikum tumpang lalu nama saya fikri dan saya hanya ingin bertanya bacaan niat utk kaffarah 60 hari tersebut. adakah niat qada puasa ramadhan biasa atau bagaimana?