Benarkah telahan ini? Majoriti Muslim hari ini, begini rentak dan polanya? Berilmu tidak diamal, dan beramal tanpa panduan ilmu?
غير المغضوب عليهم ولا الضآلين
Golongan manusia yang dimurkai, yang disebut oleh Allah sebagaimana dinukilkan oleh Ibn Kathir, iaitu Yahudi, dimana mereka memiliki ilmu, tetapi tidak beramal dengan ilmu mereka.
Dan golongan yang menjadi sesat, iaitu Nasrani(kristian), mereka ini beramal tanpa sandaran ilmu yang betul.[ lihat tafsir Ibn Kathir ; jld 1 ms 133,Darul Kitab al-Arabi]
Akhirnya kedua-dua golongan ini berada di jalan yang salah,,
Muslim pula? Bagaimana? Adakah terhimpun kedua-dua sifat ini didalam masyarakat Muslim?
Adakah disetujui jika disebut bahawa ramai para cendikiawan, para ustaz dan ustazah, golongan penuntut ilmu agama, majoritinya dari kalangan golongan ini, duduk berteleku, tidak bersuara membetulkan masyarakat, diri mereka juga tidak menjadi teladan yang baik untuk diikuti masyarakat, mereka turut hanyut dengan dunia. Sunnah rasulullah saw sepi dan dipinggir tidak disebar. Malah beramal untuk diri sendiri juga malas. Solatnya juga lewat, subuhnya selalu disekalikan dengan Dhuha. Dan akhirnya, zikir mereka hanyalah celaan keatas mereka yang berselisih pendapat dengan apa yang mereka yakini. Atau, semburan asap rokok menjadi wangian tubuh dan pakaiannya..
Jika dikatakan, ramai Muslim yang menjadikan Islam sebagai agama warisan, amalan yang diwarisi turun temurun dari datuk neneknya, adakah disetujui? Beramal dengan apa yang dilihat dari ibu bapa mereka, beramal dengan apa yang diamalkan majoriti masyarakat, tidak pernah mempersoalkan, apakah benar apa yang aku amalkan ini sahih dan diajar oleh rasulullah saw? Atau ramai yang melihat agama hanya untuk golongan tua, setelah bosan berhibur, di usia senja baru terhantuk? Itupun seakan sekadar mengisi masa lapang dan kebosanan duduk dirumah, maka dikunjungi masjid untuk bersembahyang sambil merokok di beranda surau dan masjid sambil menunggu azan Isyak? Kisah si muda pula lain bunyinya, agama diperlukan di kala tertentu sahaja, hidup bagai menongkat dunia, rasa bagaikan akhirat itu tiada..disangka hidup ini sekali sahaja,,hmmm..
Tidak kurang mereka yang bersemangat ingin menegakkan Islam ditengah masyarakat, sembangnya tak kalah, namun semangat itu tidak diteladani dengan ilmu Islam yang sahih, akhirnya terlalu banyak yang terbabas tindakan dan kata-katanya,,
Saban hari dan setiap kali solat, kita membacanya didalam solat, sekurang-kurangnya 17 kali diulangi setiap hari, kita meminta Allah menjauhkan kita dari dua sifat ini,,
اهدنا الصراط المستقيم (6) صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضآلين(7)
Maksudnya : tujukilah kami jalan yang lurus. Iaitu jalan orang-orang yang engkau beri nikmat keatas mereka dan bukannya jalan mereka yang engkau murkai dan mereka yang sesat.
Entah kenapa aku bersifir begini…congakan ini sekadar luahan melihat sekeliling,,bukannya tohmahan hasil pukul rata,,hmmm,,boleh jadi ini hanya segelintir bukan segerombolan,,,,entahkan salah entahkan betul,,
aduh…pedihnya sabiq…huhu