Soalan ; selepas tawaf umrah, saya pergi mencium hajarul aswad, setelah selesai, ketika berbual dengan rakan-rakan, mereka bertanya ; “eh bau apa wangi ni?” saya menjawab,”eh bau aku la..wangian hajarul aswad ni, aku pergi cium tadi”..persoalannya, saya tidak tahu yang hajarul aswad itu wangi, jadi, apakah saya dikenakan dam kerana terkena wangian tersebut?
Majoriti ulama berpendapat tidak dikenakan fidyah keatas beliau. Ini kerana ia termasuk didalam kategori jahil tentang hal wanginya kaabah dan hajarul aswad.
Mereka berhujah berdasarkan beberapa dalil antaranya;
1- seorang lelaki datang kepada nabi di ja’ranah, padanya ada kesan wangian kaabah, dia bertanya, apa yang aku perlu buat bagi umrahku ini? Baginda saw menyuruhnya mencabutnya dan membasuhnya….[riwayat Bukhari dan Muslim]
Taujih ; baginda saw tidak menyuruhnya untuk membayar fidyah kerana kejahilannya tentang hal tersebut.
2- firman Allah swt ; ربنا لا تؤاخذنا إن نسينا أو أخطأنا
Maksudnya : wahai tuhan kami, janganlah Kau mengambil kira atas apa yang kami terlupa dan tersilap[al-baqarah ;286 ]
Taujih ; terlupa, tersilap dan jahil adalah satu perkara yang sama, dimaafkan oleh syarak.
Kesimpulannya, mereka yang mencium hajarul aswad, atau bergantung di multazam, dalam keadaan tidak tahu wangian yang terdapat pada kaabah, ataupun menyentuhnya secara tidak sengaja, maka dia dimaafkan dan tidak dikenakan fidyah.
Masalah kedua
Bagi yang mengetahui kewangian kaabah namun tetap juga pergi mencium hajarul aswad dan bergantung di multazam dan sebagainya dalam keadaan ihram, maka disinilah kelihatan jelas ulama’ berselisih pendapat, adakah dikenakan fidyah atau tidak. Berikut ringkasannya ;
1- Sesiapa yang menyentuh wangian kaabah dengan niat(niat menyentuhnya)-sebagai contoh, seseorang sudah tahu hajarul aswad itu wangi, namun tetap juga pergi menciumnya-maka dia dikenakan fidyah jika tangannya@kain ihramnya BASAH, tetapi jika tangannya atau dia menyentuh dalam keadaan KERING, dia tidak dikenakan fidyah.
Antara mereka yang berpendapat sedemikian ialah Syafi’iah, dan Hanabilah. Ia juga adalah pendapat Lajnah Fatwa Arab Saudi dan Syeikh Ibn Uthaimin.
Antara sandarannya ialah,
a- keumuman larangan wangian terhadap mereka yang berihram,
b- Selain itu, jika dikatakan semua hal seperti mecium hajarul aswad dan bergantung di kaabah adalah ibadah, maka ia dikecualikan dan dimaafkan, maka kaedah syarak menyebut meninggalkan larangan mesti didahulukan daripada melakukan suruhan.
c- dibezakan antara basah dan kering kerana, jika basah, kebarangkalian wangian itu melekat di tubuh dan pakaian, tetapi jika kering, wangian itu tidak kekal
2- Tidak dikenakan fidyah kepada mereka yang menyentuh wangian kaabah, samada sedikit ataupun banyak
Antara yang menyatakan demikian ialah Ibn Umar, Anas bin Malik, ‘Atha’ dan mazhab Malik.
Antara sandarannya ialah ;
a-diriwayatkan, Ibn Umar mendekati kaabah, dilihat kesan wangian kaabah didadanya
b- wangian kaabah adalah suatu yang susah untuk dielakkan daripada terkena tubuh, kerana ia adalah tempat ibadah, maka diharuskan untuk mendatangi ibadah tersebut walaupun terkena wangian.
Kesimpulannya, saya tidak ingin memilih mana satukah pendapat yang paling tepat, namun, yang jelas, pendapat pertama adalah lebih selamat untuk diamalkan dan mengelakkan diri daripada tersilap..wallahua’lam.
p/s =tulisan ini adalah ringkasan bab menyentuh wangian kaabah dari kitab al-Nawazil fi al-Haj oleh Ali bin Nasir Al-Syal’an
Tinggalkan Jawapan