Sering dikaitkan syukur itu dengan perkataan tahmid kepada yang mengurniakan nikmat. Biasanya disebut syukur oleh mereka yang kaya, dan sabar kepada yang miskin,,,
Namun ku rasa hakikatnya bukan sebegitu, kerana manusia kerap mengaitkan nikmat itu dengan kekayaan, sering dibandingkan antara dirinya dengan orang yang lain yang memiliki nikmat harta yang lebih darinya,,,
Kerap juga manusia melihat nikmat pada diri orang lain, yang tiada padanya,,apa jua nikmat tersebut, samada harta, kesenangan, keluarga yang harmoni, anak yang ramai..
Tidak kurang mereka yang suka membanding-bandingkan apa yang ada pada dirinya atau yang telah dimilikinya dengan orang lain,,
Manusia lebih suka membandingkan dirinya dengan orang yang diatas, tetapi sering terlepas dari melihat mereka yang lebih dhaif dan serba kekurangan berbanding dirinya,,,
Hal inilah yang menjadi antara penyebab kenapa sangat sedikit manusia yang bersyukur padaNYA,,,
Manusia culas dari mengingatiNYA, manusia terlupa yang dirinya penuh nikmat,, telah dibahagi-bahagikan olehNYA nikmat di muka bumi ini dengan seadil-adilnya,,,
Manusia tidak pernah merasa puas dan cukup dengan apa yang ada pada dirinya,,,
Wahai manusia,,serahkanlah dirimu kepadaNYA,,syukur itu merangkumi ketiga-tiga eleman jasad yang utama,,hati, lisan dan anggota tubuh,,
Ketiga-tiganya perlu bergabung membentuk hakikat syukur yang sebenar,,
Hati yang mengiktiraf Dia yang mengurniakan nikmat, mencintai dan mentaati,,
Lisan yang dibasahi dengan kalimat syukur,,
Anggota tubuh yang selari amalannya dengan rasa syukur, digunakan nikmat sebagai wasilah mentaatiNYA, bukan melanggar laranganNYA,,,
Takutilah segala amalan munkar, walau sekecil mana pun ia,,,kerana disana ada balasannya, jangan disangka Allah itu leka dan lalai, terlupa akan kezaliman dirimu,,
ولا تحسبن الله غافلا عما يعمل الظالمون
Maksudnya : dan janganlah kamu sangka Allah itu lupa akan perbuatan orang yang zalim[ Ibrahim ; 42]
وَقَلِيلٌ مِنْ عِبَادِيَ الشَّكُورُ
Maksudnya : dan sedikit dari kalangan hambaKU yang bersyukur [ Saba’ ;13]
Tinggalkan Jawapan