Para fuqaha’ dari pelbagai mazhab telah memberi perhatian yang serius tehadap permasalahan dan hukum nyanyian dan alatannya. Adakalanya disentuh dalam bab ‘jual beli’, iaitu ketika membincangkan hadis berkaitan jual beli barangan muzik. Adakalanya dalam bab `nikah’, ketika membincangkan hadis tentang walimah dan hukum memukul duf(sejenis alatan muzik) dalam majlis tersebut. Ada ketika disebut dalam bab ‘syahadat’, dalam permasalahan samada diterima ataupun tidak penyaksian penyanyi dan pendengarnya. Ada juga dibincangkan pada hadis berkenaan mencegah kemungkaran ; iaitu, adakah nyanyian termasuk dalam kemungkaran. Juga telah disusun pelbagai kitab dan kajian berkaitan permasalahan ini, yang berbeza-beza pendapatnya, samada harus, makruh ataupun haram.
Berikut dinyatakan dalil dan hujah dari kedua-dua pihak ;
- pendapat mereka yang menyatakan haramnya nyanyian dan peralatannya.
Antara dalil yang menjadi sandaran bagi pendapat pertama ini ialah :
1-firman Allah swt :
وَمِنْ النَّاسِ مَنْ يَشْتَرِي لَهْوَ الحَدِيثِ لِيُضِلَّ عَن سَبِيلِ اللِه بِغَيرِ عِلمٍ وَيَتَّخِذَهَا هُزُوًا أُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ مُهِينٌ
Maksudnya : “dan diantara manusia ada yang mempergunakan percakapan sia-sia untuk menyesatkan manusia dari jalan Allah tanpa ilmu dan menjadikan ejekan, mereka ini memperoleh azab yang hina” [ Surah Luqman ; 6 ]
Firman Allah swt :
وَإِذَا سَمِعُوا اللَّغْوَ أَعْرَضُوا عَنهُ وَقَالُوا لَنَا أَعْمَالُنَا وَلَكُمْ أَعْمَالُكُم سَلَامٌ عَلَيكُمْ لَا نَبتَغِي الجَاهِلِينَ
Maksudnya : “dan apabila mereka mendengar perkataan yang buruk, mereka berpaling darinya dan berkata ; bagi kami amalan kami dan bagi kamu amalan kamu, semoga selamatlah kalian, kami tidak ingin bersama mereka yang jahil”[ Surah al-Qasas;55].
Taujih ayat tersebut : telah sabit dari Ibn Abbas, Ibn Mas’ud dan Ibn Umar bahawa ‘Lahwal hadis’ bermaksud nyanyian. Dan Ibn Mas’ud telah bersumpah bahawa maksudnya ialah nyanyian. Al-Wahidi menyatakan bahawa kebanyakan mufassirin menyatakan bahawa ‘lahwwal hadis’ bermaksud nyanyian.[tafsir Ibn Kathir]
kata Al-Tabari : dan maksud yang benar ialah : semua perkataan sia-sia yang memesongkan dari jalan Allah, yang dilarang oleh Allah dan rasulNya dari kita mendengarnya. kerana Allah menyebut ayat tersebut secara umum dan tidak dikhususkannya, maka ia kekal dengan keumumannya sehingga adanya dalil yang menkhususkannya.[ Jami’ al-Bayan ]
Maka, penghujahan berdasarkan ayat tersebut untuk mengharamkan muzik hanya dengan memasukkannya dalam keumuman ayat tersebut, terkeluar dari tajuk. Adapun ayat tersebut memberi petunjuk kepada sesiapa yang mengambil nyanyian dan perkataan sia-sia untuk menghalang manusia dari petunjuk Quran dan melekakan mereka dari kewajiban yang ditetapkan Islam.
2- Sabda Nabi saw :
ليكون قومٌ أمتي يستحلّون الحر والحرير والخمر والمعازف
Maksudnya : “akan ada satu kaum dari kalangan umatku, mereka menghalalkan zina, sutera, arak dan alat nyanyian” [ riwayat al-bukhari ; 5590 ]
Taujih hadis tersebut : hadis tersebut menunjukkan perbuatan menghalalkan alatan muzik sebaris dengan perbuatan menghalalkan zina arak dan sutera, maka ini menunjukkan haramnya alatan muzik.
3- Sabda nabi saw ;
صوتان ملعونان في الدنيا والآخرة : مزمار عند نعمة ، ورنةّ عند مصيبة
Maksudnya : dua suara yang dilaknat didunia dan akhirat : suara seruling ketika mendapat nikmat dan lolongan ketika ditimpa musibah.[ riwayat al-Bazzar]
Taujih hadis : hadis ini memberi petunjuk bahawa bunyian seruling dilaknat, maka ia memberi maksud pengharaman.
*dalil-dalil yang digunakan dalam penghujahan bagi kumpulan pertama ini semuanya tidak sunyi dari diperbincangkan samada dari sanadnya, mahupun dari maksud hadis tersebut sendiri, saya tidak bercadang menyatakan disini perbincangan tersebut..
- Pendapat mereka yang menyatakan keharusan nyanyian dan alatannya secara bersyarat.
Antara dalil yang dijadikan hujjah pengharusan tersebut ialah :
1- Firman Allah swt :
وإذا رأوا تجارة أو لهو انفضوا إليها وتركوك قائماً قل ما عند الله خير من اللهو ومن التجارة والله خير الرازقين
Maksudnya : ” dan apabila mereka melihat perniagaan dan permainan, mereka segera menuju kepadanya dan meninggalkan engkau(Muhammad) yang sedang berdiri(berkhutbah). Katakanlah ; apa yang ada disisi Allah lebih baik daripada permainan dan perniagaan, dan Allah sebaik-baik pemberi rezeki.[ surah al-Jumu’ah; 11]
Taujih ayat : permainan yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah nyanyian, dan ia digandingkan dengan perniagaan, sebagaimana yang diketahui, perniagaan adalah sesuatu yang dibolehkan. Maka, jika nyanyian adalah sesuatu yang diharamkan, ia tidak akan dipadankan dan digandingkan dengan perniagaan dalam satu ayat dan konteks yang sama.
2- Kata Aisyah ra : bersamaku dua orang kanak-kanak perempuan menyanyi, Abu Bakar ra masuk dan berkata : adakah seruling syaitan didalam rumah rasulullah saw pada hari perayaan? Maka kata rasulullah saw : wahai Abu Bakar, sesungguhnya bagi setiap kaum ada perayaannya. [ riwayat Bukhari ; 949 ]
Taujih hadis : hadis ini menunjukkan keharusan nyanyian dan alatan muzik kerana didalam riwayat lain disebut mereka menyanyi diiringi dengan pukulan duf, selagi mana tiada maksiat dan percampuran padanya.
3- sabda nabi saw :
فإن الأنصار يعجبهم اللهو
Maksudnya : sesungguhnya orang Ansar menyukai nyanyian [ riwayat Bukhari ;94]
Taujih hadis : hadis ini menunjukkan nabi saw mengharuskan nyanyian.
4- Kaedah fiqh :
الأصل في الأشياء والمنافع الإباحة
Maksudnya : “asal pada setiap sesuatu dan yang memberi manfaat adalah harus
Nyanyian termasuk dalam perkara yang diharuskan kerana tiada dalil jelas untuk meletakkannya dalam kategori haram.
*dalil-dalil dan penghujahan kumpulan kedua ini juga tidak sunyi dari diperbincangkan sebagaimana yang berlaku bagi kumpulan yang pertama..
P/S tulisan dan segala penghujahan diatas adalah hasil ringkasan
saya dari tulisan al-Fadhil Dr. Zaharuddin b. Abd Rahman,, http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/30/824-islamic-ruling-on-singing-a-musical-instruments-arabic.html
Apakah yang rajihnya(yang paling betul)?
Sebagaimana yang telah dikemukakan oleh kedua-dua kumpulan, maka saya tidaklah ingin menentukan apakah hukumnya yang paling tepat dan betul. Terpulanglah kepada kalian untuk memilih mana satukah pendapat yang kalian yakini.
Namun, secara jelasnya, nyanyian bukanlah diharuskan secara mutlak, tetapi bersyarat. Saya rasa semua bersetuju, keharaman nyanyian yang terkandung padanya maksiat seperti pendedahan aurat, pergaulan lelaki dan perempuan, menyebabkan kita leka dan culas dengan kewajiban-kewajiban dalam Islam, bahkan nyanyian yang menjerumuskan kita kepada maksiat, berkhayal dan terawang-awang diawangan kemaksiatan..
Bagi individu yang memilih untuk menyatakan keharusan nyanyian dan mendengarnya, mestilah mengikat dirinya dengan asas-asas dan garis panduan syarak. Bukannya meleraikan ikatan tersebut dan menjadi hamba kepada keseronokan dunia dan fitnahnya..
Kesimpulannya(mungkin belum boleh disimpulkan), hiburkanlah hati dengan zikir dan bacaan al-Quran..itulah sebaik-baik hiburan,,,tidak dinafikan ada muzik yang mungkin menyantun jiwa, membuat hati terdetik untuk mendatangi kebaikan, tapi yang pasti ia bukannya datang dari nyanyian yang memuja wanita,menghangguk-hangguk kepala, atau diulit kemerduan dan lentokan suara sang wanita..bukankah begitu wahai saudaraku?..
terima kasih
saya sangat ingin Malaysia
sama-sama,,,,,
Teringat debat ilmu dalam subjek fiqh fatwa sem lepas..tajuk ni la ana kena..sebagai pasukan kerajaan kumpulan ana diminta utk bahaskan ttg keharusan ghina’..dan pembakang behujah dengan dalil haram..satu pebahasan yang menarik..teringat kata2 ustaz ana dalam bab alatan muzik, dalil tidak ada suatu pun dalil yang sorih dan rojih mengharamkan muzik..semua dalil pengharaman merupakan kiasan..Allah mengharamkan memakan babi dan diturunkan di dalam al-Quran secara jelas pengharamannya sedangkan babi langsung tidak wujud di tanah arab pada ketika itu..sedangkan muzik yang berleluasa penggunaannya tidak langsung terdapat dalil yg mengharamkannya secara sorih..dan ustaz ana menyimpulkan penggunaan muzik diharuskan dengan syarat2 yang sudah ditetapkan oleh para ulama’..muzik Islam sinonim dengan nasyid dan ianya lebih baik berbanding memilih muzik yang bukan2 seperti yg kita maklum..fiqh berubah mengikut masa dan tempat..wallahu’alam..
selamat beramal…