Aku kekok begini,
Meluah isi memuntah aksara
Tidak petah berpuitis menterjemah rasa,
Dengan kalam menyantun jiwa,
Namun tika diri menjeruk rasa,
Termuntah jua tanpa dipinta..
Ku sangka segalanya tiada susah,
Bahagia tersenyum indah bicara,
segalanya menuntut mujahadah,
demi kehidupan yang bahagia..
hidup berkelana tidak berteman,
ku kata pada diriku,
janganlah bersedih, tuhan bersamamu,
namun fitrah ciptaanNYA,
insan memerlukan teman..
Allah, engkau menjadi saksi,
Aku merindui teman,
Yang telah engkau anugerahi,
Untuk diriku menerus juang.
Bila rindu meniup jiwa,
Tatkala wajahmu menyapa lamunan,
Bergetarlah rasa, terpantullah nama,
Mengharap hadir di mimpi indah,
Memaut tangan berjalan seiring.
Apalah kabarmu disana,
Jasad yang berkelana, hati bagai tertinggal,
Pedih menanggung rindu,
Berkahwin dan berjauhan,
Menyanggah fitrah berteduh bersama..
Kurasa semua jam yang ada,
Bagai rosak dan kehabisan bateri,
Sehingga kurasa sesaat bagaikan setahun,
Tanpamu disisi,
Tiada daya dan tiada upaya,
Allah kuatkanlah jiwa kami..
Kerap dihambat rasa,
‘ah tinggalkan saja pencarian’,
Namun inilah perjuangan,
Yang tiada sunyi tanpa pengorbanan..
Senyummu buatku ceria,
Memuji yang maha Mencipta,
Kerana dikurniakan dirimu,
Menemani hambaNYA ini..
Dikau insan mulia dan penyayang,
Aku mencintaimu sepenuh jiwaku..
Tangis dan tawa kita bersama,
Berpimpin tangan menuju redha,
Walau dipisah ribuan batu namun jiwa,
Kekal bersama…
p/s ; ku dedikasikan tulisan yang entah apa2 ntah susunan ayatnya buat isteriku yang sentiasa ku rindui, Maryam Jameelah bt Ali Sabri..
Abang… Maafkan maryam atas segalanya~ Abanglah pahlawan yang maryam impikan.. tadi sejenak mengimbau saat bagaimana Allah mentakdirkan jodoh ini, maryam tersenyum sendiri… Ada sebab kenapa Maryam perlu jaga terus “rasa” ini… Yang abang bukan calang-calang, sememangnya jodoh pilihan Allah buat maryam.. Semoga ikatan ini buat kita lebih hampir dengan Allah, beri kekuatan kita melahirkan keluarga Islam contoh. p/s: nak lahirkan anak-anak yang jadi contoh, kita kena jadi contoh dulu, huhu doakan isterimu ini dari kejauhan…
insyaAllah, bertemu yang tidak jemu dan berpisah yang tidak gelisah bila cinta itu atas nama Allah.isbir ya akhi wa ukhti, innallaha maahum