Pada 28hb 6 yang lalu, saya bersama dengan 7 orang ikhwah ISMA Arab Saudi berangkat menuju ke Kampung Soi, Kemboja, untuk menjalankan aktiviti kebajikan bersama dengan anak-anak penduduk kampong tersebut, juga bersama dengan penduduk kampong.
Penduduk Muslim di Kemboja adalah terdiri dari kaum Melayu Champa, tiada bezanya wajah-wajah mereka dengan melayu di Malaysia, bahasanya juga banyak persamaan.
Setelah seminggu berada di kampong tersebut, pelbagai coretan dan kisah yang ingin saya kongsi agar ia terus kekal di memori saya, menjadi peringatan dimasa akan datang, saya hanya berada di kampong tersebut seminggu sahaja berbanding yang lain, mereka akan terus berada di kampong tersebut sehingga 13hb 7.
“Berat telinga mendengar cerita, berat lagi mereka yang melaluinya.”
Alhamdulillah sepanjang seminggu tersebut, saya memberi yang termampu, mengajar al-Quran, memberi tazkirah maghrib(diterjemahkan oleh Ali, seorang pelajar kemboja yang menuntut di Universiti Islam Madinah) di surau dan masjid sekitar kampong, dan menyertai aktiviti ziarah penduduk kampong.
Kehidupan penduduk kampong yang majoritinya melakukan kerja-kerja pertanian dan penternakan, kelihatan amat dhaif, kebanyakan rumah yang kami ziarahi, tangganya hampir roboh, ada diantara mereka yang hanya memperolehi pendapatan rm1 sehari dengan mengambil upah menjahit jala.
Jika ingin diterjemahkan kesemuanya dengan tulisan, maka ia memerlukan puluhan helaian lembaran untuk menceritakan kesusahan penduduk Kampong soi( boleh dikatakan majority umat Islam di Kemboja berada dibawah paras miskin, bukan sekadar di Kampong Soi).
Kampong soi baru sahaja menerima bekalan elektrik beberapa bulan yang lalu, sebelum ini penduduk hanya menggunakan lampu pelita untuk menerangi kegelapan malam.
Hidup penuh kenikmatan.
Hidup kita di Malaysia, secara umumnya, adalah amat baik dan selesa, tolak tepi dulu soal kerajaan yang makan duit rakyat. Kita kurang rasa syukur, terlalu banyak merungut dan menuntut. Keberadaan saya di Kampong Soi membuat saya kembali berfikir, betapa nikmatnya kehidupan di Malaysia. Anak-anak masih dapat pergi ke sekolah, masih punya wang untuk membeli air sirap dan nasi lemak diwaktu rehat, berpeluang melanjutkan pelajaran diperingkat tertinggi, majoritinya dapat menyediakan keperluan asas, makanan, pakaian, tempat tinggal dan pendidikan kepada keluarga dan anak-anak.
Tetapi mereka, untuk menyediakan makanan untuk santapan malam hari juga perlu berkira-kira. Walaubagaimanapun, Alhamdulillah sudah semakin ramai si kaya( muslim Kemboja sendiri, dan rakyat Malaysia) yang membiayai pendidikan anak-anak kampong sehingga ke peringkat tertinggi.
Sejarah pendudukan Islam di Kemboja.
Saya akan nukilkannya di tulisan akan datang InsyaAllah, sejarah dan pengorbanan penduduk Melayu-Islam champa yang sangat meruntun jiwa dan membangkitkan semangat saya untuk berkhidmat demi agama Islam..
kadang2 kemiskinan memaksa kita untuk menjadi orang yang terbaik dalam hidup ini
lebih daripada kadang2…
Salam.
boleh hubungi saya untuk perbincangan trip seterusnya ke sana.
waalaikumussalam..saya bersedia membantu..saya pulang ke malaysia setiap tahun dari bulan 6 hingga 9
salam,minta pendapat..kami akan mengadakan lawatan kebajikan ke kemboja…kami masih lagi student kt salah sebuah universiti..cuma kami tidak tahu apa yg perlu dibawa untuk lawatan kebajikn disana sbb kami sendiri belum pernah pergi sana dan tidak tahu bgaimana keadaan disana..jadi kami harap semua dapat memberi sedikit idea tentang barang yang diperlukn oleh mereka disana.kami akn sediakn setakat yang termampu.